Tuesday, February 7, 2012

Minggu 3 : Etika Penggunaan Emel dan Internet

Pengenalan





Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan komputer yang betul (panduan). 

  • Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat. Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
  • Garis panduan dan etika penggunaan internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat di internet.
Objektif Kod Etika
i. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer
ii. Memahami prinsip etika komputer
iii. Memahami etika professional Teknologi Maklumat
iv. Mengetahui fungsi kod etika profesional
v. Keperluan etika komputer

Prinsip Kod Etika
i. Keseimbangan – 
kebaikan yang dibawa Teknologi Maklumat 
mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan
ii. Keizinan termaklum – 
Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti 
faham dan menerima risiko yang akan dihadapi
iii. Keadilan – 
Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adil
iv. Meminimumkan risiko – 
TM mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan 
diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko

Rukun Etika
i. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
ii. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
iii. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
iv. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
v. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
vi. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak rompak).
vii. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.
viii. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
ix. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

Kerangka Kod Profesional
i. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
ii. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang memudahkan penggunaan berkomunikasi. 
iii. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
iv. Bersikap adil dan tidak menindas.
v. Menghormati hak cipta orang lain.
vi. Menghormati hak kebersendirian orang lain

Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan Power Point 

Brosur
Brosur ialah untuk sebagai media promosi. Brosur ini digunakan di mana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu. Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan. 




Power Point

Sunday, January 29, 2012

Minggu 2 : Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

  •  Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
  • Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa
DEFINISI ENJIN PENCARI

  • Merupakan software yang digunakan untuk mencari maklumat
  • ' Enjin pencari' dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan
  • Kata kunci mestilah terdiri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan


TUJUAN DAN JENIS PENCARI ENJIN


  1. Tujuan ( dalam konteks pendidikan)
    • mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
    • memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.
  2. Jenis pencari enjin.
    • www.google.com
    • www.yahoo.com
    • www.teoma.com
Antara contoh pencari enjin yang dapat dilihat ialah seperti berikut :

Contoh 1


Contoh 2


     
CARA MENGKATEGORIKAN MAKLUMAT

  • video
  • gambar
  • ruangan
  • lagu
  • multi
  • permainan
  • perniagaan

CARA UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DI INTERNET
  • Mengenalpasti tajuk
  • Memilih kata kunci dan mengenal tajuk atau bahan yang ingin dicari
  • Memilih enjin pencarian yang tepat
  • Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai (cuba guna enjin pencari yang berlainan)
  • Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu

Minggu 1 : Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu


1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej

1.1.1 Menggunakan laman web.

Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Walau bagaimanapun, yang sering digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.

Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.

Contoh alamat pembekal maklumat internet:

www.yahoo.com
www.yahoo.co.uk
www.yahoo.com.my
www.google.com

Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan 
www.youtube.com Lihat contoh di bawah.

Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube downloader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan. Selamat Mencuba !!! :)

Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet. Penting !!!

Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.

1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.

Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.

Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “Sukan” + “kesihatan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.

Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “sukan dan kesihatan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.

Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.

Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan. :)

1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.
1.3.1 Alamat Internet
Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.

Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.

Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.

Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.
Alamat Internet.
Imbuhan Kata Nama

1.3.2 Katalog Alamat Internet.
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.


Tajuk
Sukan
URL
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh wikipedia ini mengenai pengenalan tentang sukan, takrifan sukan, jenis-jenis sukan dan sejarah sukan.


Tajuk
Tatabahasa Kata Nama
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama.

.

Wednesday, January 25, 2012

Profoma BMM 3105

PROFOMA BMM3105 
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.

Hasil Pembelajaran
  1. Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
  2. Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
  3. Membina tapak pembelajaran yang mudah.
  4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
  5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.
  6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.

Sinopsis:

Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

TAJUK-TAJUK :

1 Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
  • Menggunakan web, video, audio, dan imej
  • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
  • Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
2 Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
  • Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
3 Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
  • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
  • Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint
4 Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Memilih bahan sastera
  • Memilih bahan tatabahasa
  • Memilih bahan bidang ilmu lain
5 Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.
Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
  • Struktur Linear
  • Struktur Rangkaian
7 Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
  • Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
  • Membina bahan.
8 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
  • Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
  • Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran.
9 Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur,   News Letter, dan Kad Pengumuman
  • Prosedur pengeditan
  • Prinsip pengeditan
  • Melaksanakan pengeditan
  • Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa.

10 Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
  • Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
  • Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
  • Membina bahan video dan audio
  • Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca.
11 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
  • Konferensi secara dalam talian
  • Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulis.
12 Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
  • Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
  • Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
13 Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
  • Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint
  • Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
  • Memanipulasi animasi dalam persembahan
14 Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
  • Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
  • Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
15 Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
  • Mengadakan seminar
  • Mengadakan pameran

Salam Perkenalan


Nama : Nafisah binti Zainal
Tarikh Lahir : 15 Julai 1991
Asal : Klang, Selangor
Tujuan Memblog : Memenuhi kandungan subjek BMM 3105
P&P Bahasa Melayu Berbantukan Komputer :)